Keputusan SPM Sijil Pelajaran Malaysia

This post is in Malay.

31 tahun lepas (I’m revealing my age here 😜) semasa keputusan SPM keluar, tengah buat kursus bahasa Inggeris di Bukit Sekilau, Kuantan. Tinggal di asrama rumah kedai beramai-ramai. MARA dah hantar kami berkursus sebelum keputusan SPM diumumkan.

Sekolah jauh nun di Seremban. Emak ayah pula di Perak dan tiada telefon juga di rumah. Nak tau keputusan, kena telefon sekolah, tapi talian telefon sekolah pun sibuk haritu. 

Kalau guna telefon awam, jenuhla nak cari duit syiling, entah berapa jam nak beratur, silap-silap nanti duit dah masuk, tapi operator (telefonis) kata duit belum masuk, hangus gitu je duit. 

Alhamdulillah, kami dapat menumpang guna telefon di rumah seorang makcik yang baik hati di Bukit Sekilau tu. Jadi bergilir-gilirlah masing-masing menelefon ke sekolah. Ada yang sekolah mereka di Kulim, ada pula yang di Kota Bharu.

Bila dapat keputusan tu, paling tak percaya bila kerani di sekolah bagi tau keputusan kertas BM, sungguh tak sangka boleh dapat A1. Selama ni, selalu mampu A2 sahaja.  Kimia pun agak mengejutkan. Selalunya dapat kepujian je, ni Alhamdulillah boleh dapat A2. 

Yang lain-lain tu – Prinsip Akaun, Pendidikan Islam, BI, Matematik Modern, Matemaik Tambahan, Fizik semuanya lebih kurang seperti yang dijangkakan. Geografi pun Alhamdulillah, selalunya setakat lulus sipi, tapi dapat C3.

Alhamdulillah. Terima kasih buat guru-guru yang telah mendidik kami seikhlas hati dan sentiasa mendoakan kejayaan kami. Jasa dan budi cikgu-cikgu semua memang takkan mampu kami balas. Moga Allah sentiasa merahmati cikgu-cikgu dan keluarga semua. Amin.

Buat anak-anak yang akan mendapat keputusan SPM hari ini, moga mendapat keputusan yang terbaik. SPM bukanlah segalanya. Terimalah keputusan dengan reda dan syukur. Ucapkan penghargaan buat semua yang telah membantu. Ingatlah, perjalanan hidup anak-anak masih panjang, insya-Allah.

Advertisement

One response to “Keputusan SPM Sijil Pelajaran Malaysia”

  1. seronok ikuti kisah puan dari ig hingga ke sini,

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: